Saturday, 4 June 2011

AKU MANUSIA BIASA,,MANUSIA,,

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..aku benar2 maksudkannya..
manusia biasa yang punya perasaan walau aku jarang tunjukkan perasaan itu..
tapi itu bukan bermaksud aku tiada perasaan langsung..
aku manusia biasa yang perlu juga dijaga perasaan kadangkalanya..
yang selalunya susah untuk mengungkap keluar perasaan itu..
perasaan yang sering dibiarkan menguasai diri dalam sepi..
biar senyum hiasi pedih di hati..

aku manusia biasa yang kadang2 tak pandai nak jaga perasaan orang lain..
hanya pandai mengguris hati mereka tanpa pandai mengubatinya..
tapi aku tetap berusaha untuk tidak menyakiti hati insan sekeliling..
walau usaha itu kerap kali tiada membawa hasil..
tapi tak mengapa,kerana aku manusia biasa yang tak sempurna..

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..aku benar2 maksudkannya..
manusia biasa yang pura2 tabah di hadapan orang lain demi untuk menjaga ego..
ego yang merupakan titik tolak maruah setiap insan bagi aku..
aku tidak setabah itu dan aku tidak secekal yang disangka..
ada kala aku tersungkur dan payah untuk kembali bangkit..
ini kerana aku hanya manusia biasa yang tak punya apa..

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..
sungguh aku tak boleh lari dari dosa..
apatah lagi masalah silam yang kembali bertandang bagai tiada hujung..
dan kerap kali juga di lembah sama aku rebah dan tersungkur entah untuk ke berapa kali..
rencah biasa bagi manusia biasa macam aku yang tiada imuniti dari melakukan dosa..
kian bosan dengan sikap dan perangai keji sendiri yang tak tahu bagaimana untuk di tangani..

sekali lagi aku hanya manusia biasa yang tiada istimewa..
manusia biasa yang tiada sempurna..
manusia biasa yang selalu membiarkan ego menguasai..
manusia biasa yang sering jatuh terduduk di lembah yang sama..
manusia biasa yang tidak serik ulangi kesalahan silam..
manusia biasa yang jalani hidup dengan kepuraan..

dan yang pasti..
aku manusia biasa yang perlukan Dia sebagai segalanya dalam hidup..!


notakaki:aku juga manusia biasa yang perlukan peneman untuk aku harungi mehnah hidup,meniup kate semangat,memapah tika lemah,memimpin agar lebih terjamin..sekali lagi aku cakap,it is really nice if we have someone to talk to..do i have any.??.i really hope so..whatever it is..hasbunallahwani'malwakil..

No comments:

Post a Comment